Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Pulang

" Hang balik bila entah? "Pertanyaan sekadar mengisi keheningan malam kerana mata masing-masing sedang tertumpu ke helaian nota. "Tak tau lagi"  mata diangkat memandang Dayan yang sedang khusyuk membaca nota. Dua saat sahaja tiada respon balas, mata kembali memandang nota. "Hang mesti balik lambat kan?" Kali ini Dayan alih mata dari nota di atas meja. Aku meletakkan pen dan mula meregangkan otot-otot jari.Mata dialih memandang Dayan.Dalam kepala masih berkira-kira bagaimana mahu menjawab persoalan tadi. "Lambat kut, kadang-kadang rasa nak balik malam raya pun ada.Tapi entahlah.Sehari sebelum raya kot.Bukan ada sesiapa pon ada dekat rumah" "Kenapa?" "Saja" Dan perbualan malam itu habis disitu sahaja.Seperti bermonolog dengan diri sendiri walaupun tangan masing-masing rancak menulis bait kata di atas kertas. *********** (Aku memilih untuk pulang pada 23 jun manakala hari raya puasa pada 25 jun) Pagi