Skip to main content

Pulang




" Hang balik bila entah? "Pertanyaan sekadar mengisi keheningan malam kerana mata masing-masing sedang tertumpu ke helaian nota.




"Tak tau lagi"  mata diangkat memandang Dayan yang sedang khusyuk membaca nota. Dua saat sahaja tiada respon balas, mata kembali memandang nota.

"Hang mesti balik lambat kan?" Kali ini Dayan alih mata dari nota di atas meja.

Aku meletakkan pen dan mula meregangkan otot-otot jari.Mata dialih memandang Dayan.Dalam kepala masih berkira-kira bagaimana mahu menjawab persoalan tadi.

"Lambat kut, kadang-kadang rasa nak balik malam raya pun ada.Tapi entahlah.Sehari sebelum raya kot.Bukan ada sesiapa pon ada dekat rumah"

"Kenapa?"

"Saja"

Dan perbualan malam itu habis disitu sahaja.Seperti bermonolog dengan diri sendiri walaupun tangan masing-masing rancak menulis bait kata di atas kertas.

***********

(Aku memilih untuk pulang pada 23 jun manakala hari raya puasa pada 25 jun)

Pagi jumaat itu bermulalah perjalanan  menuju ke kampung halaman tercinta.Perjalanan bersama masa barangkali.Mata hanya akan dibuka beberapa jam sekali selebihnya hanya ditutup kerana melayan lena lagi indah.



Lebih kurang petang sebelum asar baru sampai ke stesen bas . Kaki dibawa melangkah turun dari bas. Nyaman rasanya menghirup udara disini.Mata melilau mencari kelibat Amiza.Oh belum sampai agaknya. Tangan diseluk ke saku beg mencari telefon bimbit sambil kaki terus melangkah berjalan ke tempat duduk yang disediakan di situ.

4 bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung. Entah apa yang berubah agaknya.Telefon didail nombor Amiza.Satu saat...dua...tiga..tut2..tut2..empat..

"hello"

"miza,aii dh smpi hg kat mana"


"ok"


Telefon dimatikan dan mata diangkat memandang persekitaran.Sudah mulai sibuk kawasan ini kerana hari raya yang bakal menjelang entah esok atau lusa. Seronoknya rasa.

Sedang ralit memandang tingkah laku manusia di stesen bas itu, Amiza pun sampai menaiki motor. Ya sudah 4 bulan juga tidak berjumpa.

"pi bazar jom"..pertanyaan diajukan kepadaku sambil dia meletakkan beg aku yang sarat dengan baju di raga depan.

"boleh" riang sekali menjawab.


***********



Perjalanan dari pasar utama ke rumah mengambil masa 20-30 minit. Mata dialih kekiri dan kanan sepanjang perjalanan kerana tidak puas menikmati hijaunya pemandangan sawah padi. Terasa lainnya udara di sini berbanding di Penang. Dalam hati berasa gembira dan teruja kerana ingin mengetahui reaksi mama dan abah kerana aku sudah pulang. Sepanjang perjalanan itu perbualan kami berdua berkisarkan apa yang akan kami lakukan di waktu cuti ini bersama. Masing- masing menabur janji.



Dari jauh kelihatan rumah  disebalik selekoh tajam itu. Amiza menurunkan aku di hadapan rumah sahaja. Memang rutin sudah begitu. Dia kata segan nak masuk. hehe..lagipun hari sudah mendekati waktu berbuka puasa. Laju saja dia memusing motor dan meneruskan perjalanan ke rumahnya.Tangan diangkat melambai dia. Setelah dia hilang dari pandangan . Beg diangkat dan semua makanan yang diborong di bazar tadi dibawa berjalan ke pintu belakang rumah. Memang kerap kali pintu belakang seperti pintu utama. Kaki dibawa melangkah satu persatu.



Sunyi nya rumah. Mana mama dan abah. Kebiasaannya kedua-dua insan itu berada di luar waktu-waktu begini.Tiba di pintu rumah.Kasut dibuka dan

"Assalamulaikum" kuat saja suara melaungkan salam.

"Waalaikumussalam." garau suara yang membalas.Ya itu abah.Mata melilau melihat dapur rumah mencari kelibat mama yang sedang berada di dapur. Entah apa lagi dimasak sedangkan yang menghuni rumah ketika ini hanya bertiga.

Abah duduk di atas kerusi baru nampaknya.Terasa terisi ruang kosong di dapur. Dia dengan senyuman yang tersungging di bibir mengangkat tangan menunggu aku mengatur langkah untuk bersalaman dengannya.

"nasib kada berjanggut"..hanya gelak tawa menjadi penghubung.Memang rutinnya begitu.Yang seorang gerun campur malu yang seorang lagi tidak tahu mengungkapkan rasa.Betullah orang kata kasih ayah itu menenteramkan.

Terlihat jelas kedut-kedut tua di muka sang ayah.Tetapi satu yang pasti terasa nyaman bersentuhan dengan telapak tangan kasarnya. Tangan abah nampak kuat. Tangan yang masih utuh sejak dulu.Tangan yang aku masih ingat hingga kini. Bukaan tangannya untuk bersalam . Cengkaman tangannya yang kuat.Warna kulit tangannya. Tangan yang semakin dimamah usia.

 Entah bila dapat berbakti. Entah sempat atau tidak.Memang sejak dulu abah tidak suka orang yang terlebih mengada ni. Jadi aku hanya bersalaman dan kaki terus dibawa melangkah ke mama.

Ya mama yang jelas kelihatan di mukanya lelah.Aku bersalaman dengan mama. Kucium pipi tua itu. Lembut dan bau mama.

Kemudian kaki dibawa melangkah kebilik.....................

*Dalam diam ada rindu yang tidak terungkap.Tetapi siapa saja yang mengerti. Dalam diam ada sedih di relung hati. Tiada siapa juga mengerti.

~till now~



Comments

Popular posts from this blog

Indulge in....

Daydream... Siapa ja x suke daydream. Kalau aku dah jd hobi da h . Suke letgo everything and stare into space,fantasize..ecewah.. ~lagi2 dpt view yg mcm ni~ Since byk gile perkara yang terjadi utk 2,3 bulan akhir nii. Selalu ptg2 mmg akan ddk kat luar rumah pandang langit, pandang rumput, pandang air, rasa angin sepoi2 bahasa dan sambil2 amek gambar. hehehehe. Fikir pasal apa?...yg nii macam2 ada dalam kepala..."what if...What if...what if..." tapi sebenarnya diri sendiri tahu terlalu banyak kalau dalam hidup kan tak baik..but still we want to look at the other side..what if things happened this way..can we accept it..or maybe become worst... *************** Sedang asyik melayan fikiran, kedengaran bunyi abah masuk bilik air ~mandi. Oh..hari sudah menginjak ke waktu senja..tentu abah mahu ke masjid. Burung-burung juga beterbangan pulang ke sarang. Jalan raya kedengaran bunyi motosikal anak-anak muda yang tidak tahu lelah dan penat. Suara-suara sumbang mer...

When you realize...

    " One day it just clicks somewhere... You realize what's important and what isn't.  You learn to care less about what other people  'might' think and think of you.  You try to think more about yourself.  You realize how far you have come and you  remember when you thought things were  such a mess back then that you think  you will never ever recover from that moment. And then you smile. Things weren't so bad though." ~smile more, worry less~                                                                                                                     - 28042020-blue bloods,12.23,afterglasseries,_ Old memories...

Glorious sceneries

  Just a sneak peek after so long without any updates.