...mata tidak berkelip memandang syiling rumah...sekadar terbaring setelah penat menyiapkan kerja-kerja rumah. Kedengaran bunyi jam yang tergantung di dinding bilik berdetik..masa terus berlalu..satu saat,dua saat,tiga saat...jeda..tetapi mata masih tidak bergerak dari memandang syiling di bilik itu.
Hanya jasad sahaja yang ada, fikiran jauh terbang ke masa lampau.......
Kadangkala bila rindu itu menyapa, al fatihah sahaja menjadi penghubung..kerana jarak yang semakin jauh dari sehari ke sehari...nyata segala ada..bayang juga tidak mampu dilihat lagi...
Ahh..tak boleh jadi ni...badan dipaksa bangun dan kaki diangkat melangkah ke luar rumah. Dari situ terlihat sosok tubuh wanita sedang menyiram bunga. Tangan yang semakin dimamah usia itu masih kuat mengangkat bekas air untuk menyiram bunga-bunga kesayangannya. Biarpun bibirmu mengukir senyum tetapi aku tahu..di sebalik senyuman itu tersimpan derita dan kesedihan yang nyata. Bagaikan satu hati yang menunggu dan satu jiwa yang terbelenggu.
Perlahan-lahan kaki dibawa melangkah ke sosok tubuh wanita itu dan tangan laju sahaja memeluk.
"mamaaaaaa.."
"kenapa ni? "
"saja ja.."
Begitulah rutin harian setiap pagi. Hanya berdua. Tiada lagi suara yang selalu memecah hening pagi kami. Tetapi rindu itu masih ada dan semakin mekar setiap hari.
sedingin hati seorang insan |
best kan #2018 |
Comments
Post a Comment