Skip to main content

Indulge in....




Daydream...


Siapa ja x suke daydream. Kalau aku dah jd hobi dah. Suke letgo everything and stare into space,fantasize..ecewah..

~lagi2 dpt view yg mcm ni~

Since byk gile perkara yang terjadi utk 2,3 bulan akhir nii. Selalu ptg2 mmg akan ddk kat luar rumah pandang langit, pandang rumput, pandang air, rasa angin sepoi2 bahasa dan sambil2 amek gambar. hehehehe.

Fikir pasal apa?...yg nii macam2 ada dalam kepala..."what if...What if...what if..." tapi sebenarnya diri sendiri tahu terlalu banyak kalau dalam hidup kan tak baik..but still we want to look at the other side..what if things happened this way..can we accept it..or maybe become worst...

***************
Sedang asyik melayan fikiran, kedengaran bunyi abah masuk bilik air ~mandi. Oh..hari sudah menginjak ke waktu senja..tentu abah mahu ke masjid. Burung-burung juga beterbangan pulang ke sarang. Jalan raya kedengaran bunyi motosikal anak-anak muda yang tidak tahu lelah dan penat. Suara-suara sumbang mereka memecah keheningan senja. Entah apa yang menjadi bualan mereka agaknya.

see best kan..


Fikiran yang tadinya menerawang entah kemana kembali apabila kedengaran bunyi abah sedang memakai kasut. Bunyi kasut bergesel dengan pasir. Pandangan dialih melihat sosok tubuh abah. Baju melayu kosong dan kain pelikat serta kopiah. Semerbak bau sabun dari tempat aku duduk. Sambil membetulkan butang baju melayu di tangan sambil memakai kasut.  Aku ketawa sendiri.

          "Masuk..masuk..hari dah senja..orang tak ada"


Sekadar pesanan. Tapi kebiasaanya aku,mama dan kakak masih diluar sehinggalah abah bergerak ke masjid. Abah menunggang motor oren kepunyaan mama dan terus bergerak menyusur keheningan senja. Aku mengekori kepergian abah dengan ekor mata. Lantas mama memanggil untuk masuk ke rumah kerana hari sudah mulai gelap. ..................



malam~


Till now...









Comments

Popular posts from this blog

Rindu menyapa lagi..

...mata tidak berkelip memandang syiling rumah...sekadar terbaring setelah penat menyiapkan kerja-kerja rumah. Kedengaran bunyi jam yang tergantung di dinding bilik berdetik..masa terus berlalu..satu saat,dua saat,tiga saat...jeda..tetapi mata masih tidak bergerak dari memandang syiling di bilik itu. Hanya jasad sahaja yang ada, fikiran jauh terbang ke masa lampau....... Kadangkala bila rindu itu menyapa, al fatihah sahaja menjadi penghubung..kerana jarak yang semakin jauh dari sehari ke sehari...nyata segala ada..bayang juga tidak mampu dilihat lagi... Ahh..tak boleh jadi ni...badan dipaksa bangun dan kaki diangkat melangkah ke luar rumah. Dari situ terlihat sosok tubuh wanita sedang menyiram bunga. Tangan yang semakin dimamah usia itu masih kuat mengangkat bekas air  untuk menyiram bunga-bunga kesayangannya. Biarpun bibirmu mengukir senyum tetapi aku tahu..di sebalik senyuman itu tersimpan derita dan kesedihan yang nyata. Bagaikan satu hati yang menunggu dan satu...

Why..

*Hai* Lama dah fikir nak buat blog, tp tula konon tak sempat je. Padahal malas . Cuma rasa sayang bile makin banyak memori masa kecik yang makin tak ingat..yes tak ingat..Jadi try buat inisiatif ni..Berharap akan menjadi suatu bahan bacaan di masa hadapan. *sobs* Btw kat Penang lately hujan turun rancak sgt..tp sejuk nya ya ampun..sampai pakai dua helai selimut. Dah sejuk2 hujan nii level kemalasan tu makin meningkat l a . hahaha..Padahal banyak gile assignment kena siapkan . *masih student lagi* ~lost in the rainy days~ Petang tadi mama call...suara macam excited je..rupanya anak abah yang sulung balik...okaylaa..takdalah sunyi rumah tu.. *😢😢😢* Kesian mama ddk rumah sorg2..yes sorg2..dkt rumah yang sebesar alam tuu . Sunyi pulak tu. Lagi2 time petang dgn angin sepoi2, rasa  sayu tu macam boleh nangis.. p/s terlalu banyak rahsia sehingga aku fikir mampu tak nak luahkan dalam bentuk tulisan. entah mampu atau tidak..terlalu banyak yang ingin diceritakan...

Life is too hard to handle

............................................ keep flowing " Dont be too hard on yourself" Does this apply? I learned the hard way that I cannot always count on others to respect my feelings. Even if I respect theirs. Being a good person doesnt guarantee that others will be good people too. You only have control over yourself and how you choose to be as a person. As for others, you can only choose to accept them or walk away............. ************** Most things will be okay eventually...  BUT not everything will be it takes time Sometimes you'll hold on really hard and realize there is no choice but to let go ************** ACCEPTANCE is a small and quiet room *till next time*